Saturday, September 12, 2009

6 - Makcik Kg Dangir The return

Setelah sekian lama hidup dalam pembuangan daerah, kini tibalah sudah saat untuk Makcik Kg Dangir kembali ke Kg Dangirnya yang tercinta.

* * * * *

Dalam masa itu juga, Kg Dangir kini dalam rangka lawatan Wakil Rakyat. Maka hebohlah segala warga Kg Dangir ni mempersiapkan segala persediaan untuk menjayakan program tersebut. Setelah berhempas pulas dan menjadi medan tunjuk tembirang terutamanya bagi busybody kampung, akhirnya persiapan pun selesai. Hanya menunggu Wakil Rakyat sahaja lagi untuk melawat Kg Dangir ni.

* * * * *

Hari yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba. Hari ini hari bersejarah bagi Kg Dangir kerana kali pertama dilawati oleh wakil rakyat kerana Kg ini baru sahaja wujud sebab transformer elektrik baru sahaja dipasang di simpang jalan Kg Dangir. Tak disangka-sangka pulak, hari yang dipilih oleh wakil rakyat ini merupakan hari yang sama bagi makcik kg Dangir kembali ke Kampungnya yang tercinta. Ala, biasalah, macam drama melayu kita tu, semua pun kebetulan hahahaha.

Setelah selesainya ucapan Penghulu, Tok Batin, Tok Bomoh, dan bermacam-macam tok lagilah seperti Rendang Tok dan Ketok Ketampi, kini tibalah giliran Yb untuk berucap.
Seperti biasa standard drama melayu kita, kebetulan, makcik kg Dangir kini tiba di perkarangan majlis. Dia pun heran, terpandang kepada banner di depan matanya, lawatan Yb Ke Kg Dangir?? Wahh, kg ini sudah dinamakan Kg Dangir ka?? Aik ni Yb macam pernah ku lihat…..Di mana aaaa??? Mungkin di Facebook kali ni. Kata Makcik Kg Dangir dalam hati sambil mencuri bangku dari seorang budak kecil yang sudah ada blognya sendiri. Tidak lama kemudian, Yb pun mulalah berucap.

Ucapan Yang berhormat:

Tujuan lawatan saya ke Kg ini bukanlah macam yang kamu harapkan, saya tidak melawat atas dasar sebagai wakil rakyat, adapun tujuan saya hanyalah atas motif peribadi. Saya ingin mencari saudara lama saya yang sudah terlalu lama terpisah. Atas berita yang baru saja saya dapat yang dipetik dari KHABAR ANGIN, saudara saya itu ada di Kg Dangir ini. Puas saya cari dmana Kg Dangir ini, di google earth pun tiada garmin lagi belum saya cuba, sebab bil streamyx belum bayar lagi ba. Kali terakhir saya berjumpa dengannya ketika saya mengirim apple dan orange beberapa bulan lalu.

Tersentak dengan ucapan itu, makcik Kg Dangir pasti dialah la yang dicari selama ini. Dia pun selamba rock ja naik pentas, dan terjadilah drama swasta sekejap yang diselitkan adegan menangis-nangis. Lalu dia diberi peluang berucap sekejap dan ini adalah petikan ucapan yang sempat wartawan Karamunsing kami rakamkan.

Makcik :

Atas perbuatan lalu yang mengakibatkan kedangiran yang melampau, makcik telah insaf dan janji takkan SEPIKING lagi dengan sebutan yang inda betul. Atas jaminan ini adakah makcik akan diterima kembali di Kg ini?

WAT DU YU TING? ANETING SAMTING TERPELANTING??
Ok suda ba kan sebutan makcik?

0 comments:

Rugi Kalo tak tengok !