Thursday, September 10, 2009

4 - Makcik Kampung Dangir Punya Story Lagi

Setelah melakukan tahap kedangiran yang melampau, maka pada suatu hari penduduk sekitar kampung Dangir setuju untuk merehatkan Makcik Kampung Dangir. Tujuan merehatkan Makcik tu bukanlah disebabkan oleh Kesalahan melakukan kedangiran yang melampau ataupun menganggu emosi Driver Teksi, tetapi atas masalah kesihatan. Pinggangnya tersalah PARKING sikit. ( Jangan biar Makcik Kg Dangir sebut ni, nanti lain pulak jadinya). Aksi gerudi yang dilakukan oleh Makcik tu, memaksa pihak Hospital membuat Top Overhaul. (silap2 ada potong blok sikit ni).

Setelah bermesyuarat dengan Ahli Mesyuarat Tingkap dan beberapa orang busybody kampung, mereka setuju memberi package Cuti-cuti Malaysia kepada Makcik Kampung Dangir. Itupun sebab Makcik Kampng Dangir berjaya menyebut DANGER dengan sekali lafaz sahaja, dan tujuan lain untuk mengelakkkan Kedangiran berlaku lagi di bulan Ramadhan ini. Setelah keputusan dibuat, dengan menggunakan kaedah CHUSS, mereka setuju merehatkan Makcik di salah satu daerah utara Sabah kita.

Kini, makcik Kampung Dangir pun berkelana la di Daerah tersebut. (siap ada background music lagi lagu BERKELANA). Untuk mencari rezekinya,buat sementara waktu ni, Makcik Kg Dangir, berniaga jual makanan laut segar. Macam-macam ada makcik ni jual, Ikan, sotong, udang, kupang dan siput pun ada dia jual juga ( adehh makcik, buli tahan kau ini tau). Atas dasar keinsafan yang amat mendalam Makcik Kg Dangir tidak lagi berSKIPING English. (ini pun utk keselamatan pelanggannya, nnt susah pula jadinya).

Jadi…Pada suatu hari ketika sedang berniaga..

Makcik : Ikan, sotong, ketam …Murah2. Macam biasa juga baaaaa!!
Pelanggan1 : Ikan apa ni Makcik?
Makcik : Ikan Tuna baa Nak.
Pelanggan1 : Aik ya ka??
Makcik : Ya ba, betul.. senang ja ko urus ni. Cari ja pembuka tin, campul sama roti buli makan suda.
Pelanggan1 : Adehhh naaa, tuna dalam tin ba pula. Ba makcik kasi aku 3kilo tuna dalam tin tu.
Makcik : Terima kasih aaaa.. Datang lagi.

Pelanggan2: #Apo Kabo Makcik????

Sambil, menSOUND CHECK bahasa tu, Makcik kebingungan menjawab, tapi pandai juga dia SKIPING bahasa ni. Lepas tu terus dia menjawab.

Makcik : *Kabau Bueh Nak.. Dangai kilo ka kabau tu beli nu??
Pelanggan2: #????? Takpo aa… Ambo tokseh

# Pelanggan2 cakap kelantan
* Makcik Cakap Bahasa Bajau

0 comments:

Rugi Kalo tak tengok !