Bangun pagi seperti biasa ada yang sibuk turun kerja atau menguruskan perniagaan sendiri. Ada pulak yg. sibuk memikirkan apa yang dilakukan pada hari ini... ada lagi sibuk memikirkan camana mo dapat duit lebih...
.. tetapi jangan kita lupa... walau apa pun yang kita fikirkan dan lakukan.. jangan kita lupa untuk bernafas dengan baik. Berapa orang di kalangan kita yg terfikir utk mengatur pernafasan dengan baik ,padahal bila kita lupa untuk bernafas .... faham2 la kita apa la jadinya? hahaha.. Nahh !! itu la kamu tidak bersukan..
Sunday, October 4, 2009
Edisi Jangan Lupa kg. dangir ...
Posted by Wady Ag 0 comments
Labels: Balai Raya, Pejabat Daerah
Monday, September 28, 2009
Bantuan Makanan Sempena Raya Puasa

Bantuan disampaikan oleh pengerusi UtaraSabah sendiri di rumah terbuka tuan Aldusuni , Kg. Salimandut, Tandek. Penduduk Kg. Dangir mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Utarasabah sempena menyambut Hari Raya Puasa 2009.
Posted by Wady Ag 6 comments
Labels: aktiviti penduduk, galeri gambal, Pejabat Daerah
Sunday, September 27, 2009
UPACARA ANGKAT SUMPAH YB KG.DANGIR

27 Sept (Ahad) - Ahli-ahli majlis tertinggi memilih tarikh ini (selepas tgk anak bulan & kaji cuaca) dan mendapat perkenan MP dan jawatankuasanya untuk majlis perlantikan dan penyerahan kuasa kepada YB baru kita sebagai ADUN Kg. Dangir .
Maka dengan ini, di hadapan seluruh penduduk kampung ( w/pun mcm mengadap tingkap) disahkan jawatan beliau sebagai ADUN kg. Dangir
Majlis makan minum untuk 'celebrate' perlantikan ini akan diadakan esok di kantor tuan penasihat.
Posted by Wady Ag 5 comments
Labels: dari Parlimen, Pejabat Daerah
Thursday, September 10, 2009
PERUNTUKAN PROJEK MEGA KORIDOR KG.DANGIR(PMKKD)
Yang berusaha Menteri Penganjangan,
Setiausaha Kg Dangir,
Dif-dif terhormat
Serta Tuan-Tuan dan puan-puan yang dhormati sekalian
MELULUSKAN PERUNTUKAN PROJEK MEGA KORIDOR KG.DANGIR(PMKKD)
Sukacita dimaklumkan permohonan pengerusi JKKK Kg.Dangir untuk projek mega ini telah diluluskan oleh jemaah menteri kabinet serta mendapat lampu hijau dari white house.Dengan itu saya telah diamanahkan untuk membawa duit peruntukan untuk diagih-agihkan kepada kontraktor2 yang berdaftar di Kg.Dangir.
Difahamkan ada 3 projek mega yang harus diberi perhatian khusus oleh pihak berwajib iaitu:
1.Penambahan penduduk Kg.Dangir
2.Pembikinan sempadan dengan Kg.Tayar
3.Pembinaan pusat latihan penganjangan yang terulung di negara
Semoga dengan kelulusan projek mega ini maka Kg.Dangir terus maju dan sukses.
SEKIAN DAN TERIMA KASIH
BERKHIDMAT UNTUK SEMUA
Sk:
Yang Berkuasa Pahlawan Agung Raja Terbilang 7 lapisan langit hatta 7 lapisan bumi Pendekar Richer PMN,SUN,DDIK.LIM.GGKI,SSUK.REI(ESTONIA),AGG(MACEDONIA),JJU(ZAMBIA),ZZI(SOUTH AFRICA),DCK(TIMOR LESTE),DER(PALAU),SIL(ARGENTINA),SSZ,AMNJ,PKIT(BHUTAN)
Posted by Wady Ag 3 comments
Labels: Pejabat Daerah


