Showing posts with label Coretan MP. Show all posts
Showing posts with label Coretan MP. Show all posts

Saturday, November 28, 2009

Mejes Dangir

Mejes yang MP terima dari warga kg dangir

Mejes pertama..

Bila takbir mula bergema

Ayam itik terus menghilang

Lembu kambing menjadi korban

Babi tersenyum sambil berkata..

Nasib baik aku tak masuk *****

Mejes ke-2

Jubir, Burhan, Musa, Hisham, Tamrin adalah 5 orang adik-beradik..

Sekiranya ibu mereka ingin memanggil sekaligus, ibunya hanya menyebut..

Ju, ***, Mu, Hi, Tam..

Hahaha..

Jam marah aa tuan..

Ini adalah dua mejes yg ku kira danger tapi...

* Perkataan terpaksa di sensot bagi mengelakkan kedangiran..

Kepada yg membaca n3 ini harap kalian tidak tersinggung, ini hanyalah untuk menghilangkan stress semata-mata dan tidak bertujuan untuk menyinggung sensitivity kalian..

Ini kali la..

Nota kedangiran..

Pengirim terpaksa d rashiakan..

Tapi pasti akan mengaku jgk ni pengirimnya nanti..

Thursday, November 26, 2009

Salam Aidil Adha


Komuniti Kg Dangir dengan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua muslimin dan muslimat khususnya warga Kg Dangir dengan harapan moga Aidil Adha tahun ini disambut dengan penuh kesyukuran.

Pesanan ikhlas dari MP;

Jangan biarkan diri anda diselubungi kedangiran yang melampau..

Tuesday, November 24, 2009

Gadis Dangir & Pesta Jagung


Ucapan terima kasih kepada gadis2 kg dangir (dalink, sera n anne) atas kesudian hadir ke pesta jagung di Kota Marudu. Pastinya kehadiran anda ke pesta ini dapat memeriahkan lagi pesta tersebut. Kami mohon maaf atas segala kekurangan kerana biasalah kalau pengaturan lastminute ada saja yang tidak memuaskan. Ini kali la..

Nota kompius untuk s/u..

Orang dari kk pun boleh datang, tp s/u yang dekat saja tidak kelihatan kelibat..
S/u masih berhutang kepsi ni..

Friday, November 20, 2009

Tim. MP

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Tuan Tim. MP iaitu tuan MKA dilantik sebagai penulis baru dalam komuniti ini.

Diharap dengan jemputan ini akan dapat memantapkan lagi komuniti kampung dangir dan dapat dikenali di seluruh pelusuk dunia.

Tahniah tuan MKA..ini kali la..

Wednesday, November 18, 2009

Kaisara in trouble

ini la kaisara

AMT sedang membersihkan serpihan kaca
Kaisara sudah hilang cermin

Lokasi: Medan letak kereta di salah sebuah hotel d KK

KK, 14 Nov: MP mendapat mejes ringkas dari AMT Kg. Dangir yang menyatakan satu perkhabaran dangir tahap gaban. Dengan tidak belama MP ditemani oleh PT Kg Dangir bergegas untuk mengesan di mana kedudukan sebenar AMT .

Setelah berlaku beberapa kesulitan akibat salah faham antara kg dangir dan kg air, akhirnya dapat juga kami mengesan keberadaan sebenar AMT kg dangir. Sebenarnya beliau berada di Asia City bukan seperti yg dimaksudkannya di kg air.

Setelah dapat berjumpa, kami dibawa ke lokasi di mana 'kaisara' memakingkan badannya dengan bantuan AMT. Kami terkejut juga kerana cermin kereta milik AMT telah dipecahkan pada malam itu. Mujur hanya cermin segitiga saja yg dipecahkan oleh makluk tuhan paling kelaparan ini. Saja saya menggelarkan pelakunya sebagai makluk tuhan paling kelaparan kerana, pastinya klu dia masih mampu makan sendiri dia tidak tergamak melakukan perbuatan ini. Sekali lagi AMT bernasib baik kerana walaupun kasut jenama nike, baju yg nda tau apa jenamanya tp pastinya ada jenana tidak diambil. Yang hilang hanyalah pembaris dan calculator saja. Pastinya anda tau apa perlunya pembaris kpd makluk tuhan ini, tp yg peliknya apa pula gunanya kalkulator e2. Kami sendiripun masih musykil apa kegunaan kalkulator ini (siapa yg ada idea kasih kumin ba..).
AMT berhajat untuk minta ganti rugi daripada pihak pengurusan hotel tetapi hajat beliau tidak kesampaian apabila terlihat signboard yg ditulis lebih kurang begini, "Meletak kenderaan di tempat letak kereta ini adalah atas risiko anda" kalau inglisnya "Park on your own risk" kali la ni aku pun tak ingat sudah. Potong stim betul itu signboard. Kira mau buang dulu itu papan tanda kalau satu saja jadi ada juga alasan mengklim, tapi tak dapat sebab banyak betul papan tanda e2..Ada tiga ka empat tu..

Dengan perasaan hampa terpaksalah AMT menerima hakikat bahawa kaisaranya telahpun kehilangan cermin..

Nota dangir untuk AMT;

sabar je la..pastinya setiap yg berlaku tu ada hikmahnya..

Thursday, September 24, 2009

Warga Dangir dan Rumah Terbuka Tn. Sangguru

Barisan Exco kg Dangir bergambar kenang-kenangan bersama pengerusi NGO Sabah En. Androd Sadian yg juga penasihat UtaraFM (sury imej kurang jelas kerana diambil menggunakan kamera hp yg dangir saja)

DJ Dangir bersiaran secara langsung di bawah pokok epal di perkarangan rumah tn Sangguru.


Sebahagian dr warga dangir yg berkunjung ke rumah terbuka raya tn Sangguru

TAMAN TNG 3, KOTA MARUDU: UtaraFM sempat bersiaran secara langsung di perkarangan rumah tn Sangguru sempena majlis rumah terbuka hari raya tn Sangguru. Siaran langsung ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh DJ Siiputt salah seorang DJ UtaraFM yang juga merangkap DJ Kg Dangir. Siaran langsung ini juga berjaya dilaksanakan dengan bantuan AMT Kg Dangir yang bertindak sebagai penerbit.

MP dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih dengan layan baik tn Sangguru dan keluarga kepada semua warga kg Dangir.



Sunday, September 13, 2009

Lawatan Ke Rumah Tn Aldusuni

Saya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana tidak dapat bersama-sama dengan beberapa orang warga kg dangir membuat kunjungan hormat ke rumah VIP kg dangir society iaitu tn. Aldusuni (kunjungan hormat untuk memohon derma seekor karabau ba ni).


Saya dapat sms jemputan dpd Ahli Majlis Tertinggi, menyuruh saya datang namun keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan maka tak dapatla saya menghadirkan diri ke banglo tn Aldusuni.
Pada keesokkan harinya saya lihat d paparan skrin hp saya yg murah ini ada 10 panggilan tak terjawab..saya agak musykil juga siapa gerangan empunya telefon yg memisscallkan diri tu (kesihan juga yg empunya telefon kehabisan keridit yg terpaksa dijawab oleh operator tu). Untuk makluman saya biasanya kasih silent telefon pd waktu mlm bagi mengelakkan gangguan dari makhluk perosak.. (hahaha..mo jaga ketenteraman awam ba tu kunun)

Lebih kurang jam 11.00 pagi seorang sahabat saya yg tak kurang machonya iaitu DJ PP mengsms, dia taip guna keypad hp lebih kurang begini.. salam tuan..mana sekarang, saya mau naik flight da ni tuan..smlm kami lepak rumah tn aldusuni.. call tuan tp tn xangkat.. huhh br la terjawab siapakah gerangan empunya telefon yg kehabisan kridit dek menelepon smpai 10 kali tu.. (sury la tn xterangkat aiks tak tersambut ba kali br ngam..hehehe)

Tapi sebenar-benarnya dlm hati saya tak apa la berilah peluang kpd AMT mengatur ayat-ayat yg superpower mcm powernya supasaya (entah betulkah sebutan sy ni) atau sehebat romeo menawan hati juliet kpd *tutt* insan yg bertakhta di hati (maaf x blh ditaip di sini bagi mengelakkan kedangiran yg melampau).

Tapi rasa rugi juga tak dapat ikut setelah diri ini mengetahui ada pula sigu SMK dangir bersama-sama dalam beberapa org yg membuat kunjungan hormat utk memohon derma karabau tu. (utk makluman, sigu smk dangir ni saya mo jumpa sebab ada hal yg hendak dibincang secara pes to pes berhubung maksik kg dangir yg sdh kembali (bukan kembali kerahmatullah aah)

Nota kompius

Lain kali klu ada kunjungan lagi pasti tidak akan mengabsenkan diri la ni..

Rugi Kalo tak tengok !