Tuesday, October 13, 2009

`KALAU ANDA BIJAK BISTARI... CUBA TEKA..

Wady duduk di atas belakang seekor lembu jantan . Macam biasa. Wady merepek sorang-sorang. Jalan ke padang ragut berlubang-lubang. Makin teruk. Macamlah dia naik kereta. Pada hal dia naik lembu saja. Absorber lembu ‘kan fleksibel. Itu pun mau membebel, Wady?

Lembu-lembu Wady tekun meragut rumput sambil buat-buat tekun dengar Wady membebel. Makan rumput sama sedap dengan mendengar Wady membebel. Sedap dan lucu, kata salah seekor lembunya. Wady berjanji suatu hari nanti, jalan-jalan di Kg. Dangir akan jadi terbagus di dunia. Dan tak ada lagi kemalangan jalanraya walaupun memandu sambil tidur.

Sebelum pulang petang itu. Wady mengira-ngira lembunya. Haik, cuma ada sembilan ekor? Tadi ada sepuluh ekor. Wady terkejut dalam hati bukan kepalang lagi. Jantungnya bergegar bagai dinding gunung berapi hendak meletus.

Kenapa tinggal sembilan ekor saja sekarang?

Satu kali kira. Dua kali kira. Berkali-kali Wady kira. Memang tinggal sembilan! Sungguh. S-E-M-B-I-L-A-N – sembilan!

Mana lagi seekor?!

Kesian Wady yang mulai runsing. Wady hampir mengangis. Bayangkan; muka Wady makan pun sudah macam orang mahu menangis. Balik nanti memang kena selipar la dahi Wady dengan beliau dia. Itu hari pertama Wady diarah menjaga lembu oleh beliaunya. Memang beliaunya sudah ingatkan; lembu harapan mereka ada sepuluh. Sekarang bagaimana boleh tinggal sembilan?

Ada sesiapa yang boleh tolong Wady? Kenapa Wady kira lembu-lembunya sudah jadi sembilan ekor bila Wady kira?

Nota Konpius: JAWAB BA KALAU BERANI... huehuehue..

9 comments:

ajaa said...

sipir satu ba ini..
dia kira atas lembu..
jadi lembu yg dia tunggang tu inda tekiranya..
huahuahua..

sera dc said...

-salah tuan...
huehuehue..

Wady Ag said...

itu sapi nama sembilan tertinggal ba

sera dc said...

- salah wady...
- cuba lagi..
- huehuehue..

dalink said...

i noe nthg..huahuahua

Wady Ag said...

sigu Sera bagitau pemenang akan dapat tiket bercuti di KK

Unknown said...

ya kan wady..dapat penginapan free d rumah c dalink ka....atau d rumah mu la sera...hahahahahaha...

Advisor2.5 said...

aku inda la mau ikut-ikutan mengira.. nanti free2 seja jadi lembu yang numbir sepuluh.

sera dc said...

@advisor.. xba plak.. yg penting ngam jawapan nya..
huehuehue

Rugi Kalo tak tengok !