Thursday, October 22, 2009

Utarafm di Mini Konsert Felix Agus




Mini Konsert Felix Agus turut disertai oleh artis-artis tempatan lain seperti Ridah, Jiajja, Buttak, Terry Peter dan penampilan istimewa Nazrey (bekas Raihan)

Tuesday, October 20, 2009

Pelancaran Simbolik Projek Bagang Kg. Dangir

Pelancaran simbolik projek bagang diadakan pada malam tadi yang dirasmikan oleh MP kg. Dangir.

Setelah selesai berhempas pulas mendirikan bagang yang pertama, sambil berenang mandi laut pada 17hb okt (ahad) baru-baru ini, penduduk nampaknya gembira kerana projek ini dapat menambah pendapatan keluarga mereka amnya seluruh penduduk kampung Dangir.

Tahniah Penduduk Kg. Dangir...!!

nota konpius : cendarahati akan diletakkan di atas bagang untuk tontonan Umum (U) :P

Monday, October 19, 2009

KAMPUNG DANGIR Season 2.. SOON!



Setelah perjumpaan ahli mesyuarat tingkap beberapa kali, Majlis bersetuju untuk mengakhirkan KAMPUNG DANGIR Season 1 : Penganjangan Belum Selesai tidak lama lagi (tunggu respon Makcik Kg. Dangir.. memajal) dan secara otomatik selepas itu Kampung Dangir Season 2 akan bermula.. (ini kali la, macam siri "Heroes" sudah).

Disebabkan faktor2 yang memang tidak dapat dielakkan dan pertambahan penduduk kampung, macam siri Heroes juga la.. bila starring bertambah.. dorang buka season baru untuk memantapkan story..... jadi kita pun buka la KAMPUNG DANGIR Season 2. Tema dan Idea daripada penduduk amatlah dialu-alukan, terutamanya yang starring2 baru ini lah..

.. to be continue !...

Nota untuk S/U: Macam biasa juga la.. aturmu..


Perbincangan di forum utama... klik


Sunday, October 18, 2009

GATH KUBnet-SAM








(click utk melihat pic ini dgn lebih jelas)

VIP Kampung Dangir -Birthday Suprise



Disambut pada 07 okt 2009, 11 mlm selesai saja menyiarkan program anjuran DBP di Ranau.

Terima Kasih UtaraFM dan semua ahli-ahli komuniti Utara Borneo

Tuesday, October 13, 2009

AKSI DARI MEJA KG. DANGIR

Peace! DJ siiputt dan S/u Nonie


dari kiri: Siiputt, Nonie, Aldusuni, Yeokok, Dalink, Sera DC

Peace lagi .. orang-orang kuat kampung Dangir

Mukadimah.. sini lah babak2 mukadimah bermula

10 OKT 2009 - Gathering Raya KUSNET(KUBNET) & SAM di Marudu Inn

photo: Tompinai

`KALAU ANDA BIJAK BISTARI... CUBA TEKA..

Wady duduk di atas belakang seekor lembu jantan . Macam biasa. Wady merepek sorang-sorang. Jalan ke padang ragut berlubang-lubang. Makin teruk. Macamlah dia naik kereta. Pada hal dia naik lembu saja. Absorber lembu ‘kan fleksibel. Itu pun mau membebel, Wady?

Lembu-lembu Wady tekun meragut rumput sambil buat-buat tekun dengar Wady membebel. Makan rumput sama sedap dengan mendengar Wady membebel. Sedap dan lucu, kata salah seekor lembunya. Wady berjanji suatu hari nanti, jalan-jalan di Kg. Dangir akan jadi terbagus di dunia. Dan tak ada lagi kemalangan jalanraya walaupun memandu sambil tidur.

Sebelum pulang petang itu. Wady mengira-ngira lembunya. Haik, cuma ada sembilan ekor? Tadi ada sepuluh ekor. Wady terkejut dalam hati bukan kepalang lagi. Jantungnya bergegar bagai dinding gunung berapi hendak meletus.

Kenapa tinggal sembilan ekor saja sekarang?

Satu kali kira. Dua kali kira. Berkali-kali Wady kira. Memang tinggal sembilan! Sungguh. S-E-M-B-I-L-A-N – sembilan!

Mana lagi seekor?!

Kesian Wady yang mulai runsing. Wady hampir mengangis. Bayangkan; muka Wady makan pun sudah macam orang mahu menangis. Balik nanti memang kena selipar la dahi Wady dengan beliau dia. Itu hari pertama Wady diarah menjaga lembu oleh beliaunya. Memang beliaunya sudah ingatkan; lembu harapan mereka ada sepuluh. Sekarang bagaimana boleh tinggal sembilan?

Ada sesiapa yang boleh tolong Wady? Kenapa Wady kira lembu-lembunya sudah jadi sembilan ekor bila Wady kira?

Nota Konpius: JAWAB BA KALAU BERANI... huehuehue..

Monday, October 12, 2009

YB & MP KG Dangir Bersama YB Anita



Gambar kenangan bersama YB Anita di Marudu Inn.

Sunday, October 11, 2009

`ISU ROKOK.. WADY PENING...

semalam Wady dapat tahu harga rokok naik lagi..setelah di tolak tambah menggunakan otak ostrich yang lebih kecil dari matanya, harga baru sekotak rokok dunhill 14's adalah RM 6.90..berbanding dengan harga lamanya RM 6.70..walaupun nampak kecil, ia tetap menjejaskan prestasi kewangan berkala Wady bagi tahun berakhir 2009 dan akan datang..

Wady cuma mau cakap satu perkara, jangan sampai Wady keluarkan duit KWSP untuk beli rokok..walaupun ianya simpanan untuk masa depan, masa belakang ni nak kira macam mana? Wady mau beli rokok pakai apa? pakai daun sireh?

Start dari hari ini, Wady istiharkan perang ke atas kerajaan Kg. Dangir, apa mau jadi-jadilah..bukan sekali dua naik, start Wady pandai hisap rokok dia sudah pandai naik..

bak macam di iklan dalam tv, don't break my heart....


Nota Konpius: Wady.. pencen lah dr merokok... huehuehue...

Saturday, October 10, 2009

`Nanacey Salas dan Pekan Dangir...

Sedang aku sedap-sedap tengok tv cerita lawan, Nanacey tiba-tiba terpacak di depan tv menghalang penglihatan aku ke tv. Kaki aku memang jadi ringan semacam, tapi aku sabar.

“ Weh, jom ikut aku pergi Pekan Dangir sekejap,” Nanacey bersuara sambil pijak-pijak kaki aku.

“ Ada makan-makan ka nie?”

“Ah.. ikut ja bah.”

Aku capai sandal yang bersidai di tangga, terus lompat ke belakang motor Nanacey. Ah, helmet tertinggal di dalam rumah pulak. Aku terpaksa buka balik grill, buka solex pintu. Ndak pasal-pasal dapat kerja tambahan.

Di pertengahan jalan, Nanacey singgah di stesen minyak yang ada pakwe. Nanacey memang pesyen isi minyak 2 ringgit ja supaya dia boleh tengok muka pakwe stesen minyak tu lebih kerap. Selesai mengisi minyak, kami belah. Kali ini aku pula yang yang melakukan pemanduan sementara Nanacey membonceng di belakang. Aku sudah lenguh kaki duduk belakang sebab motor Nanacey punya tempat pijak belah kiri memang sudah lama kena curi.

Tiba di Pekan Dangir, jalan raya tengah sesak teruk. Aku membuat beberapa cilokan . Hari ini punya cilokan memang agak cemerlang kerana hanya sekali saja handle moto tersangkut di sidemirror kereta. Syabas!!

Sedang sedap cilok, tiba-tiba Nanacey menjerit sekuat hati di belakang aku. Tenggelam segala bunyi motor dan kenderaan lain. Kuat benar suara Nanacey menjerit salama lebih kurang 30 saat itu.Pemandu-pemandu lain yang tengah layan traficjam semua pandang aku dan Nanacey.

Apa hal pulak ni. Aku cepat-cepat berhenti di tepi jalan.

“Weh, apa hal kau?”

“Saja.. hilangkan bosan.Hehe..” jawab Nanacey sengih-sengih.

Aku paksa Nanacey belanja satay dengan air teh laici ping kaw-kaw.


Nota Konpius: Aku makan dengan lahap nya... Mau ajak Dalink Impian.. tapi.. motor Nanacey cuma muat seorang penumpang ja... Next time ja la Dalink Impian..

Friday, October 9, 2009

TEKA TEKI KAMPUNG DANGIR

Thursday, October 8, 2009

When DANGIR comes around - Ep1

Monday, October 5, 2009

Santai Semasa Konsert Felix - 26sept

Mengantam Kepsi kalo ini....

dari kiri... Batman, Tom , Wady, Sanguru, Wxyz, Kroniqcurl, Rumputt, 911, MKA, Bapa c Hara


MP tanya PRnya di mana .... Bah ka!

Photographer: Setiausaha

Sunday, October 4, 2009

Koleksi Imej 2




Edisi Jangan Lupa kg. dangir ...

Bangun pagi seperti biasa ada yang sibuk turun kerja atau menguruskan perniagaan sendiri. Ada pulak yg. sibuk memikirkan apa yang dilakukan pada hari ini... ada lagi sibuk memikirkan camana mo dapat duit lebih...

.. tetapi jangan kita lupa... walau apa pun yang kita fikirkan dan lakukan.. jangan kita lupa untuk bernafas dengan baik. Berapa orang di kalangan kita yg terfikir utk mengatur pernafasan dengan baik ,padahal bila kita lupa untuk bernafas .... faham2 la kita apa la jadinya? hahaha.. Nahh !! itu la kamu tidak bersukan..

Friday, October 2, 2009

KEMESRAAN BERSAMA

Walaupun berlainan jantina dan darjat kita dapat saksikan kemesraan diantara DUA DARJAT

Thursday, October 1, 2009

Koleksi Imej 1






Rugi Kalo tak tengok !