Monday, September 28, 2009

PANTUN RAYA

Ni adalah sedikit pantun yang boleh kita kongsikan bersama sbb bila DJ Dangir mula ja menDJ mesti ada la pantun ni keluar...
jadi DJ Dangir rasa sesuai sangat2 la kita kongsikan bersama... :p

Kelantan........

Make ikke cicoh budu
Jange lupo tamboh satar
Kelik rayo taksir laju
Nanti rayo dale sepita

Terengganu...
Makang ubi jamang jepong
Makang kepok cicah cuke
Bulang pose mung bengong
Bulang raye mung gile

Pahang...
Sepadan Pahang ada kasino
Nasi dagang ikan patin
Jange mu masam muko
Raya makan rendang sadin

Johor...
Cegitu cegini awak suke
Awak suke kite tak suke
Esok luse hari raye
Sama-sama bersuke rie

Melaka...
Hawau kau berak merate
Kaki bengkak ulau patok
Kalu balik naik kerete
Jangan pandu kalau ngantok

N. Sembilan...
Masak lomak cili api
Campo dongan daun turi
Hari rayo kolumpo sopi
Tinggal penyamun dongan pencuri
(org kolumpo jgn kocik ati!!)

Selangor/K.Lumpur...
Wa cakap lu wa tak tau
Tapi wa tipu sama lu
Raya jangan buat tak tau
Angpau ada bagi gua dulu

Perak...
Gulei tempoyak ikan mayong
Deroyan busok tebok tupei
Pandu hemat ingat kampong
Ase(Asal) teman selamat sampei

Kedah...
Aloq Staq terketaq-ketaq
Lapaq perut makan pau
Macam mana tak ketaq
Kena paksa bagi angpau


Penang...
Nasi kandaq kedai mamak
Anak mami juai pesemboq
Lepaih raya jgn dok triak

Kalu ceti mai kot dapoq

Perlis...
Padang besaq kecik aja
Tempat siam lalu lalang
Hari raya kita berbelanja
Jangan sampai menambah utang



Sabah....

Mengapa bah kau ni,

Bilang pigi kadai kau pigi pantai jak,

Raya nanti datang la cni,

Kuih2 sma lauk kau bantai jak.

Bantuan Makanan Sempena Raya Puasa


Bantuan disampaikan oleh pengerusi UtaraSabah sendiri di rumah terbuka tuan Aldusuni , Kg. Salimandut, Tandek. Penduduk Kg. Dangir mengucapkan ribuan terima kasih atas keprihatinan Utarasabah sempena menyambut Hari Raya Puasa 2009.

Sunday, September 27, 2009

UPACARA ANGKAT SUMPAH YB KG.DANGIR


27 Sept (Ahad) - Ahli-ahli majlis tertinggi memilih tarikh ini (selepas tgk anak bulan & kaji cuaca) dan mendapat perkenan MP dan jawatankuasanya untuk majlis perlantikan dan penyerahan kuasa kepada YB baru kita sebagai ADUN Kg. Dangir .

Maka dengan ini, di hadapan seluruh penduduk kampung ( w/pun mcm mengadap tingkap) disahkan jawatan beliau sebagai ADUN kg. Dangir

Majlis makan minum untuk 'celebrate' perlantikan ini akan diadakan esok di kantor tuan penasihat.

Friday, September 25, 2009

Beraya di Aravila - 24 Sept

1. AMT memajal tuan rumah (Kak Ara) ditemubual sebelum giliran Datuk

2. Tuan Penasihat turut serta dalam temubual YB Datuk Hj. Musbah bersama-sama DJ Dangir


3. Kak Ara posing di pisuk2 (kira paling dangir la pose ini raya tahun ini kali)


24 sept (pagi) - Adapun ceritanya bermula di awal pagi AMT & DJ siiput mengatur langkah pergi ke K.Belud utk beraya di rumah kak ara. Setiba di Aravila, agak terkazut juga bila ternampak tuan Penasihat & isteri sudah awal2 di sana.... bulih tahan tuan penasihat kita.

Dipendekkan cerita, akhirnya selesai juga misi kami dan misi seterusnya bertandang ke rumah tuan Penasihat UtaraFM (sanguru)

Ahli UtaraFM yang hadir termasuklah juga Timbalan MP dan Kak Kancil


*gambar daripada FAree NAnazz


Sesi permainanan 'mencari orang kampung kita' yg kena timbun bersama-sama
info selanjutnya dari kantor tn. Penasihat


Thursday, September 24, 2009

Warga Dangir dan Rumah Terbuka Tn. Sangguru

Barisan Exco kg Dangir bergambar kenang-kenangan bersama pengerusi NGO Sabah En. Androd Sadian yg juga penasihat UtaraFM (sury imej kurang jelas kerana diambil menggunakan kamera hp yg dangir saja)

DJ Dangir bersiaran secara langsung di bawah pokok epal di perkarangan rumah tn Sangguru.


Sebahagian dr warga dangir yg berkunjung ke rumah terbuka raya tn Sangguru

TAMAN TNG 3, KOTA MARUDU: UtaraFM sempat bersiaran secara langsung di perkarangan rumah tn Sangguru sempena majlis rumah terbuka hari raya tn Sangguru. Siaran langsung ini telah dikelolakan dengan jayanya oleh DJ Siiputt salah seorang DJ UtaraFM yang juga merangkap DJ Kg Dangir. Siaran langsung ini juga berjaya dilaksanakan dengan bantuan AMT Kg Dangir yang bertindak sebagai penerbit.

MP dengan ini mengucapkan jutaan terima kasih dengan layan baik tn Sangguru dan keluarga kepada semua warga kg Dangir.



Wednesday, September 23, 2009

Tim. MP menghulur sumbangan



terima kasih banyak2 diucapkan kepada timbalan MP kita , tuan MKA yang mendermakan headphone untuk dangirfm (UtaraFm bah pulak ). penyerahan dibuat kepada DJ hangat DJ Siiputt di rumah terbuka tuan MKA di taman JJ Kota Marudu...

skali lagi... terima kasih banyak-banyak...

TIKET FREE - KONSERT FELIX AGUS



PERHATIAN WARGA DANGIR SEMUA..

S/U ingin menyampaikan amanat drpd MP kita..yang beliau akan mensponsor 10 tiket free kepada sesiapa yang ingin datang ke konsert Felix Agus yang akan diadakan pada 26hb September 2009..ba ba..SEPA SAPAT DIA DAPAT..

p/s : S/U kana sponsor sdh..makasih MP..huahuahua..jadi tiket tinggal 9 lg lorr..

SALAM AIDILFITRI dr KOMUNITI DANGIR+PENGAJANGAN

yehew.ww...
1st of all,
SALAM PERPADUAN KEPADA SELURUH DANGIR-an..

arap maap s/u kelambatan sedikit mengepostkan ucapan selamat ari raya..besa la byk urusan negara ni..kakaka

Di sini..saya Nonie Albert, selaku s/u kepada Menteri Penganjangan dan Tok Penghulu Kg. Dangir, sekaligus mewakili kedua-dua mereka, Macik Dangir dan juga seluruh
komuniti Kg. Dangir dan Kementerian Pengajangan ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada seluruh KOMUNITI DANGIR-an.. Ampun maaf dipinta sekiranya
terdapat kata2 atau perbuatan kami yang telah menyinggung perasaan mana2 pihak.. pindik kata
0-0 la kita.. buli ka? hehe..

sebelum saya menoktahkan ucapan saya ni, sekali lagi saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN, $$ raya bak sini.. hihihi.. SELAMAT MENDANGIRKAN DIRI DI HARI RAYA INI!! DAN INGATLAH, PENGANJANGAN BELUM SELESAI!! MACAM BIASA JUGA BA!!


p/s : macik dangir pesan, hari raya ni jemputlah dtg ke rumah, beliau buat open house pada hari DANGIR, jam DANGIR, bertempat d KG. DANGIR.. dtg jgn tak dtg ya..

ikhlas dr kami komuniti KG. DANGIR dan KEMENTERIAN PENGAJANGAN..macam biasa juga ba!!



PEKELILING BARU: ELAUN SARA HIDUP DINAIKKAN

PUSING KELILING 14 - Kerajaan Persekutuan Dangir bersetuju memberikan Elaun Sara Hidup (COST OF LIVING ALLOWANCE) tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas semua pekerja awam dan swasta sebanyak RM500.00 sebulan berkuatkuasa NOVEMBER 2009 bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang. Langkah yang serupa disarankan kepada pihak swasta bagi menjamin keharmonian rakyat...

Elaun COLA ini boleh dituntut di semua Pejabat Pos dan BSN di seluruh negara mulai jam 1 pm hingga 4 pm pada setiap hari kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari-hari kelepasan am.

Kakitangan awam & swasta perlu menunjukkan kad pengenalan diri Jabatan untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang yang lengkap beserta dengan syarat2 berikut :-

1. Surat Perlantikan Kerja - Original
2. Surat Pengesahan Kerja - Original
3. Surat Akuan Majikan - ( tempat terakhir masih bertugas )

dan...






















80 penutup botol Coca-Cola@90 keping pelekat pada botol Coca-cola......... Baru sesuai dengan namanya Elaun Cola !


RAYA PERTAMA DI VILLA MP


seawal raya pertama (selepas solat raya), AMT bizi menyusun jadual aktiviti2 raya penduduk kg. Dangir dengan bantuan Tok Penghulu

24hb Sept (khamis 9.00 pagi), AJK kampung akan bertandang ke
Aravilla, Kota belud utk beraya sambil2 BBQ.

24hb Sept (khamis 2.00 petang), AJK kampung akan bertandang ke rumah sanguru, tng 3, kota marudu

25hb Sept (Jumaat 5.00 petang), AJK kampung akan bertandang ke rumah
tn Dinakan, Kg marasimsim , Pitas utk Majlis Mesra Aidilfitri SAM/ KUSNET .. (baca detail di laman utarasabah )

photo: sumbangan bakal penaung kg. dangir :D

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran Dari Penasihat


Saya selaku Penasihat Komuniti Kg Dangir juga tidak melepaskan peluang ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada YB, MP, Ketua Kampung, S/U, tukang masak, penduduk kg Dangir dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Maaf Zahir batin andai kiranya terlepas cakap, tersigung, tersondol, termarah, terkuis, terlebih, terkurang, terdangir dan sebagainya.

Sebagai penasihat, saya ingin memberi sedikit nasihat:-
1. Berhati-hati di jalan raya (jangan langgar sapi sana gerai ponet).
2. Kalau makan tu, kurangkan gula, garam dan kurangkan juga bercakap nanti kesodokan.
3. Janganlah kamu bermain mercun dan bunga api, sesungguhnya orang yang membakar bunga api dan mercun itu adalah tergolong dalam golongan orang-orang yang bergembira dan dangir.
4. Kalau makan kuih siput tu janganlah lupa sama kuih burger jugak.
5. Kalau ada duit raya yang lebih-lebih tu, marilah kita sedekahkan fatihah kepada yang telah tiada..
6. Jangan lupa mandi 2 kali sehari dan gosok gigi.

Sekian, Terima kasih.

dari Kantor Penasihat
911

Friday, September 18, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI



Di kesempatan ini, penduduk & makcik Kg. Dangir memohon ampun maaf kepada semua ahli KUSNET/ UtaraFM jika ada terlanjur kata, terkurang sopan atau terlebih menganjang. Kita buang yang keruh, ambil yang jernih.... Macam Biasa juga bah !!!

Dua tiga kucing berlari,
empat lima kucing menari,
selamat hari raya aidilfitri
semoga kita jumpa nanti

AMT.

Nota: imej boleh dikitar semula :P

Wednesday, September 16, 2009

Ucapan Selamat Hari Raya dari DJ NONG




DJ NONG & Famili mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua penduduk, juga disertakan dengan serangkap pantun yang memang dangir:



TAKBIR RAYA BERGEMA LAGI,
AYAM DAN ITIK TERUS MENGHILANG,
LEMBU DAN KAMBING MENJADI KORBAN,
WOGOK TERSENYUM TIADA TEKANAN.
.. hahahaa



sumber: Chatroll
nong to AMT

Sunday, September 13, 2009

Lawatan Ke Rumah Tn Aldusuni

Saya memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kerana tidak dapat bersama-sama dengan beberapa orang warga kg dangir membuat kunjungan hormat ke rumah VIP kg dangir society iaitu tn. Aldusuni (kunjungan hormat untuk memohon derma seekor karabau ba ni).


Saya dapat sms jemputan dpd Ahli Majlis Tertinggi, menyuruh saya datang namun keadaan kesihatan yg tidak mengizinkan maka tak dapatla saya menghadirkan diri ke banglo tn Aldusuni.
Pada keesokkan harinya saya lihat d paparan skrin hp saya yg murah ini ada 10 panggilan tak terjawab..saya agak musykil juga siapa gerangan empunya telefon yg memisscallkan diri tu (kesihan juga yg empunya telefon kehabisan keridit yg terpaksa dijawab oleh operator tu). Untuk makluman saya biasanya kasih silent telefon pd waktu mlm bagi mengelakkan gangguan dari makhluk perosak.. (hahaha..mo jaga ketenteraman awam ba tu kunun)

Lebih kurang jam 11.00 pagi seorang sahabat saya yg tak kurang machonya iaitu DJ PP mengsms, dia taip guna keypad hp lebih kurang begini.. salam tuan..mana sekarang, saya mau naik flight da ni tuan..smlm kami lepak rumah tn aldusuni.. call tuan tp tn xangkat.. huhh br la terjawab siapakah gerangan empunya telefon yg kehabisan kridit dek menelepon smpai 10 kali tu.. (sury la tn xterangkat aiks tak tersambut ba kali br ngam..hehehe)

Tapi sebenar-benarnya dlm hati saya tak apa la berilah peluang kpd AMT mengatur ayat-ayat yg superpower mcm powernya supasaya (entah betulkah sebutan sy ni) atau sehebat romeo menawan hati juliet kpd *tutt* insan yg bertakhta di hati (maaf x blh ditaip di sini bagi mengelakkan kedangiran yg melampau).

Tapi rasa rugi juga tak dapat ikut setelah diri ini mengetahui ada pula sigu SMK dangir bersama-sama dalam beberapa org yg membuat kunjungan hormat utk memohon derma karabau tu. (utk makluman, sigu smk dangir ni saya mo jumpa sebab ada hal yg hendak dibincang secara pes to pes berhubung maksik kg dangir yg sdh kembali (bukan kembali kerahmatullah aah)

Nota kompius

Lain kali klu ada kunjungan lagi pasti tidak akan mengabsenkan diri la ni..

Ziarah penduduk kampung ke RUMAH VIP kita



11 sept (Jumaat): Kunjungan AMT bersama DJ Siiputt (org kg. Dangir juga ni ) ke rumah VIP tn. Aldusuni (yg menderma karabau untuk raya) di Kota Kinabalu.

Penduduk berbangga dapat makan bersama2 di rumah tn Aldusuni... ( mcm tahun ini bakal menang anugerah jasamu dikenang).

tidak lupa juga kepada Kak Lintagu, yg memasak untuk kita.. ( mcm teda gambal ini). terima kasih.


selesai saja aktiviti makan berabis nda kuntrul2 lagi tuh .. terus ja mengaktifkan diri memasang set penDJ-an baru tn. Ald (yg sebenarnya, dj Siiputt sorang ja pasang).

Maka, bermula lah penDJan pada jam 10.10pm sehinggalah jam 7.00 am hari keesokan harinya. turut meramaikan rumah tn. ald pada malam itu ialah DJ PP ( sempat juga dia men-DJ selama 2-3jam) , sigu kg. dangir, pakej tatap, billy (peminat kg. dangir baru), dan Izyan (partner AMT menaip).
Nota: MP kg. Dangir absent atas sebab musabab yg. tidak dpt dielakkan.. kasihan dia...

VIP kita sponsor karabau untuk RAYA

terima kasih banyak2 atas sumbangan VIP kg. Dangir, Tn. Aldusuni atas sumbangan ikhlas beliau. Bah mana sudah itu tukang masak Kg. Dangir yang pro buat sup tulang ( menu atas saranan MP).

nota: bila bah kunu sambutan raya kg. dangir ?

Lawatan penduduk kampung ke mv.Doulus




Setelah lama berenang dan mengharungi segala kedangiran di lautan, akhirnya sampai juga kami menjejak kaki di atas kapal ini. ketibaan rombongan penduduk kg. Dangir disambut baik oleh anak-anak kapal (pasal penduduk kg. dangir memang terkenal seruruh dunia).

sememangnya memang dangirus juga gaya penduduk kg. dangir ini, sehingga hampir semua babak dan aksi di atas kapal ini terpaksa dirahsiakan buat sementara waktu.

**update akan dipost dari masa ke semasa (terpaksa di-edit/ disaring adegan/ gambar2 penduduk kita).

Saturday, September 12, 2009

6 - Makcik Kg Dangir The return

Setelah sekian lama hidup dalam pembuangan daerah, kini tibalah sudah saat untuk Makcik Kg Dangir kembali ke Kg Dangirnya yang tercinta.

* * * * *

Dalam masa itu juga, Kg Dangir kini dalam rangka lawatan Wakil Rakyat. Maka hebohlah segala warga Kg Dangir ni mempersiapkan segala persediaan untuk menjayakan program tersebut. Setelah berhempas pulas dan menjadi medan tunjuk tembirang terutamanya bagi busybody kampung, akhirnya persiapan pun selesai. Hanya menunggu Wakil Rakyat sahaja lagi untuk melawat Kg Dangir ni.

* * * * *

Hari yang ditunggu-tunggu kini sudah tiba. Hari ini hari bersejarah bagi Kg Dangir kerana kali pertama dilawati oleh wakil rakyat kerana Kg ini baru sahaja wujud sebab transformer elektrik baru sahaja dipasang di simpang jalan Kg Dangir. Tak disangka-sangka pulak, hari yang dipilih oleh wakil rakyat ini merupakan hari yang sama bagi makcik kg Dangir kembali ke Kampungnya yang tercinta. Ala, biasalah, macam drama melayu kita tu, semua pun kebetulan hahahaha.

Setelah selesainya ucapan Penghulu, Tok Batin, Tok Bomoh, dan bermacam-macam tok lagilah seperti Rendang Tok dan Ketok Ketampi, kini tibalah giliran Yb untuk berucap.
Seperti biasa standard drama melayu kita, kebetulan, makcik kg Dangir kini tiba di perkarangan majlis. Dia pun heran, terpandang kepada banner di depan matanya, lawatan Yb Ke Kg Dangir?? Wahh, kg ini sudah dinamakan Kg Dangir ka?? Aik ni Yb macam pernah ku lihat…..Di mana aaaa??? Mungkin di Facebook kali ni. Kata Makcik Kg Dangir dalam hati sambil mencuri bangku dari seorang budak kecil yang sudah ada blognya sendiri. Tidak lama kemudian, Yb pun mulalah berucap.

Ucapan Yang berhormat:

Tujuan lawatan saya ke Kg ini bukanlah macam yang kamu harapkan, saya tidak melawat atas dasar sebagai wakil rakyat, adapun tujuan saya hanyalah atas motif peribadi. Saya ingin mencari saudara lama saya yang sudah terlalu lama terpisah. Atas berita yang baru saja saya dapat yang dipetik dari KHABAR ANGIN, saudara saya itu ada di Kg Dangir ini. Puas saya cari dmana Kg Dangir ini, di google earth pun tiada garmin lagi belum saya cuba, sebab bil streamyx belum bayar lagi ba. Kali terakhir saya berjumpa dengannya ketika saya mengirim apple dan orange beberapa bulan lalu.

Tersentak dengan ucapan itu, makcik Kg Dangir pasti dialah la yang dicari selama ini. Dia pun selamba rock ja naik pentas, dan terjadilah drama swasta sekejap yang diselitkan adegan menangis-nangis. Lalu dia diberi peluang berucap sekejap dan ini adalah petikan ucapan yang sempat wartawan Karamunsing kami rakamkan.

Makcik :

Atas perbuatan lalu yang mengakibatkan kedangiran yang melampau, makcik telah insaf dan janji takkan SEPIKING lagi dengan sebutan yang inda betul. Atas jaminan ini adakah makcik akan diterima kembali di Kg ini?

WAT DU YU TING? ANETING SAMTING TERPELANTING??
Ok suda ba kan sebutan makcik?

Friday, September 11, 2009

5 - Where R U Makcik Kg Dangir

Di satu petang yang damai, pemandu teksi seperti biasa mencari lagi penumpang. Rezekinya baik sedikit pada hari ini. Baru saja mau mengurat awek-awek yang lalu lalang, ada suda pelanggannya datang. Kali ni, dari segi rupa parasnya macam orang putih, rambut pun warna perang.

Penumpang : Hello, Can u send me to Kg Dangir please?
Pemandu : Sure, take you seat please. And Fasten your seat belt Sir.

Dalam hati pemandu ni abisla Orang Putih ni kalau jumpa Makcik Kg Dangir nanti. Sakit jiwa la kau kalau kamu speaking sama dia. Terdetik juga dalam hatinya, kenapa Orang Putih ni tiba-tiba pulak mencari Kg Dangir ni? Fames sangat ka Kg Dangir ni sampai orang putih pun kenal?? Sah kalau ini, Kg Dangir kini sudah terkenal di seluruh dunia ooo. Dia pun teringat Makcik Kg Dangir.. Yang begitu misteri kehilangannya. WHERE ARE YOU Makcik.. I need your answer now.. Dalam hatinya..

Pemandu : Sorry Sir, May I ask you a few questions? what do you plan to do in Kg Dangir?
Penumpang : Nothing important. Just visiting. I Found Kg Dangir in forum on www.utarasabah.net.
Pemandu : oooo I see.

Wahh, terkejut pemandu teksi, betapa famesnya Kg Dangir sekarang. Teringat dia pada Makcik yang mempopularkan Kg itu. Dalam beberapa minit kini mereka pun tiba kedestinasi mereka di Kg Dangir. Ketika berhenti di Simpang Kg Dangir, berhadapan dengan rumah Makcik Kg Dangir, orang putih tu pun turun.

Penumpang : Do you know where is person who live here?
Pemandu : You mean Makcik Kg Dangir?
Penumpang : Yeah.
Pemandu : Im sorry sir. I don’t know where she is.

Penumpang tadi pun memanggil-manggil orang dalam rumah tu dengan nada kuat, sambil membayar jumlah tambang kepada pemandu teksi itu. Berhampiran rumah jiran Makcik tu ada seekor anjing yang besar dan garang. Terkejut dengan nada yang kuat tadi TIBA_TIBA… Wooooowooowooowooo, anjing garang mengejar.

Pemandu : Runnnnnnn. Runnnnnn for your life.
Penumpang : Siihhhhhh, sihhhhhhh, sihhhhh, kopi, kopi, sana jauh2.
Pemandu : Aik??? Pandai ba pula kau cakap melayu, pandai lagi kau menghalau anjing ni, adehhhh aku ingat orang putihhh betul.
Penumpang : Makcik ku ba tu Makcik Kg Dangir,, Ko Gilaka nda terkeluar Siihhhh tu, BESAR BA ANJING TU…

Thursday, September 10, 2009

Amanat MP Kg. Dangir

Saya sebagai MP kg dangir merasa berbangga dan berbesar hati kerana pihak pentadbir kusnet telah mengangkat kg dangir sebagai satu konuniti. Ini adalah atas usaha keras rakan2 kg dangir yang tidak jemu berusaha dan terus berusaha samada secara online atau oppline. Dengan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan Penghulu, Setiausaha yg sumil, Ahli Majlis Tertinggi yg insum, sigu SMK dangir yg santik dan yg paling utama ialah Pakej Tetap yg dipisuk2 (p/s jgn lagi dipisuk2..)

Saya juga menyokong kehadiran tn LUGU sebagai Wakil Rakyat kg dangir yg dipilih secara menang tanpa tanding..dengan harapan perlantikan ini dapat meningkatkan lagi kefemesan kg dangir..

Di sini saya juga ingin mengumumkan perlantikan beberapa orang lagi orang kuat untuk menganggotai warga kg dangir iaitu;

Tn. 911 ===== Penasihat kg. dangir (tugas2nya ialah memantau perjalanan semua aktiviti kg dangir agar tidak tersasar dr matlamat sebenar..hahaha ambik mu tuan)

Ky_role ===== Ketua Pegawai Kesalamatan (tugas..mengawal kg dangir dr ancaman musuh)

Asma Hani ==== Pembantu Khas kpd MP (yg ini spesel sikit ... membantu MP dalam sebarang urusan rasmi dan sebagai wakil MP semasa keopplainan MP..kira gandingan mantap s/u juga ni)

Setelah diputuskan, pembayaran elaun adalah sebanyak 24 jam sehari utk semua jawatan tersebut di atas.. Sekiranya tuan/puan/cik tidak bersetuju dengan tawaran jawatan ini sila beri respon dalam masa 24 jam dr sekarang..dan sekiranya kami tidak menerima respon dlm masa yg ditetapkan kami menggangap bahawa tuan/puan/cik menerima perlantikan ini.

Terdapat beberapa lagi kekosongan jawatan ..dan kepada yg berminat bolehlah menghantar permohonan melalui;
mukabuku, ym, skype, email, sms dan segala kemudahan yg ada..

PERUNTUKAN PROJEK MEGA KORIDOR KG.DANGIR(PMKKD)

Yang berusaha Menteri Penganjangan,
Setiausaha Kg Dangir,
Dif-dif terhormat
Serta Tuan-Tuan dan puan-puan yang dhormati sekalian

MELULUSKAN PERUNTUKAN PROJEK MEGA KORIDOR KG.DANGIR(PMKKD)

Sukacita dimaklumkan permohonan pengerusi JKKK Kg.Dangir untuk projek mega ini telah diluluskan oleh jemaah menteri kabinet serta mendapat lampu hijau dari white house.Dengan itu saya telah diamanahkan untuk membawa duit peruntukan untuk diagih-agihkan kepada kontraktor2 yang berdaftar di Kg.Dangir.

Difahamkan ada 3 projek mega yang harus diberi perhatian khusus oleh pihak berwajib iaitu:
1.Penambahan penduduk Kg.Dangir
2.Pembikinan sempadan dengan Kg.Tayar
3.Pembinaan pusat latihan penganjangan yang terulung di negara

Semoga dengan kelulusan projek mega ini maka Kg.Dangir terus maju dan sukses.

SEKIAN DAN TERIMA KASIH

BERKHIDMAT UNTUK SEMUA

Sk:
Yang Berkuasa Pahlawan Agung Raja Terbilang 7 lapisan langit hatta 7 lapisan bumi Pendekar Richer PMN,SUN,DDIK.LIM.GGKI,SSUK.REI(ESTONIA),AGG(MACEDONIA),JJU(ZAMBIA),ZZI(SOUTH AFRICA),DCK(TIMOR LESTE),DER(PALAU),SIL(ARGENTINA),SSZ,AMNJ,PKIT(BHUTAN)

Kata-kata Aluan Penghulu Kg. dangir

Assalamualaikum semua penghuni Kg Dangir.

Yang berusaha Menteri Penganjangan,
Setiausaha Kg Dangir,
Dif-dif terhormat
Serta Tuan-Tuan dan puan-puan yang dhormati sekalian.

Saya sebagai Penghulu rasa berbangga dengan usaha keras penduduk Kg Dangir. Dalam masa yang singkat Sahaja suda berjaya mewujudkan komuniti yg begitu besar dan maju. Ini Khabar yang baru sahaja saya terima melalui Khabar angin, Kg Dangir merupakan salah satu Kg Yang mempunya portalnya sendiri serta radio utara.fm yg drasmikan oleh Pak Lah. Untuk pengetahuan para hadirin, kembangnya idung saya ini berucap bukan main dengar ini berita hahahahaha.

Selain itu, saya juga berbangga dengan kehadiran Yb Lugu yg baru sahaja selesai membuat Lawatan Sambil Belajar di Jepun, kini bersama kita d komuniti Kg Dangir. Selamat Datang Tuan YB, hati2 ja kau di Kg Dangir ni, lain2 sikit hahahaha.

Jadi akhir kata, USAH BIARKAN DIRI ANDA DISELUBUNGI KEDANGIRAN YANG MELAMPAU.. Dan ingatlah, wahai wargaku, penganjangan belum selesai

4 - Makcik Kampung Dangir Punya Story Lagi

Setelah melakukan tahap kedangiran yang melampau, maka pada suatu hari penduduk sekitar kampung Dangir setuju untuk merehatkan Makcik Kampung Dangir. Tujuan merehatkan Makcik tu bukanlah disebabkan oleh Kesalahan melakukan kedangiran yang melampau ataupun menganggu emosi Driver Teksi, tetapi atas masalah kesihatan. Pinggangnya tersalah PARKING sikit. ( Jangan biar Makcik Kg Dangir sebut ni, nanti lain pulak jadinya). Aksi gerudi yang dilakukan oleh Makcik tu, memaksa pihak Hospital membuat Top Overhaul. (silap2 ada potong blok sikit ni).

Setelah bermesyuarat dengan Ahli Mesyuarat Tingkap dan beberapa orang busybody kampung, mereka setuju memberi package Cuti-cuti Malaysia kepada Makcik Kampung Dangir. Itupun sebab Makcik Kampng Dangir berjaya menyebut DANGER dengan sekali lafaz sahaja, dan tujuan lain untuk mengelakkkan Kedangiran berlaku lagi di bulan Ramadhan ini. Setelah keputusan dibuat, dengan menggunakan kaedah CHUSS, mereka setuju merehatkan Makcik di salah satu daerah utara Sabah kita.

Kini, makcik Kampung Dangir pun berkelana la di Daerah tersebut. (siap ada background music lagi lagu BERKELANA). Untuk mencari rezekinya,buat sementara waktu ni, Makcik Kg Dangir, berniaga jual makanan laut segar. Macam-macam ada makcik ni jual, Ikan, sotong, udang, kupang dan siput pun ada dia jual juga ( adehh makcik, buli tahan kau ini tau). Atas dasar keinsafan yang amat mendalam Makcik Kg Dangir tidak lagi berSKIPING English. (ini pun utk keselamatan pelanggannya, nnt susah pula jadinya).

Jadi…Pada suatu hari ketika sedang berniaga..

Makcik : Ikan, sotong, ketam …Murah2. Macam biasa juga baaaaa!!
Pelanggan1 : Ikan apa ni Makcik?
Makcik : Ikan Tuna baa Nak.
Pelanggan1 : Aik ya ka??
Makcik : Ya ba, betul.. senang ja ko urus ni. Cari ja pembuka tin, campul sama roti buli makan suda.
Pelanggan1 : Adehhh naaa, tuna dalam tin ba pula. Ba makcik kasi aku 3kilo tuna dalam tin tu.
Makcik : Terima kasih aaaa.. Datang lagi.

Pelanggan2: #Apo Kabo Makcik????

Sambil, menSOUND CHECK bahasa tu, Makcik kebingungan menjawab, tapi pandai juga dia SKIPING bahasa ni. Lepas tu terus dia menjawab.

Makcik : *Kabau Bueh Nak.. Dangai kilo ka kabau tu beli nu??
Pelanggan2: #????? Takpo aa… Ambo tokseh

# Pelanggan2 cakap kelantan
* Makcik Cakap Bahasa Bajau

Wednesday, September 9, 2009

3 - Lagi-Lagi Makcik Kg Dangir

Seperti biasa, seorang pemandu teksi meneruskan rutin hariannya ,memandu teksi. Tapi hari ni rezekinya agak kurang seperti hari-hari lain. Tapi apa yang maintain, control machonya tu nda juga hilang. Sedang dia mundar-mandir mencari penumpang, terserempak pula dia dengan makcik kampung Dangir lagi sekali. Dia pun menegur makcik Kampung Dangir tu macam biasa.

Pemandu : Asalamualaikum makcik? Pulang suda?
Makcik : Wsalam nak, iya ba mau pulang suda ni.
Pemandu : Ba makcik, ikut saya la, belum ada penumpang ni.
Makcik : Bulih ba klu kau, ba cepatla jalan.

Sedang dalam perjalanan pulang, mereka pun berbual-bual seperti biasa.

Pemandu : Dari mana kau Makcik?
Makcik : Dari Supermarket Tukal-Tukal ba nak, macam biasa.
Pemandu : Macamana sana? Orgnya marah lagi ka?
Makcik : Nda sudah. Pandai suda makcik sebut Oren sama Epal.
Pemandu : Yuk Makcik, lulus suda makcik ni sound check oo. Baguslah ba Makcik.
Makcik : Iya, nak. Kg Dangir pun pandai suda makcik sebut DANGER suda.
Pemandu : Dari mana makcik pandai ni?
Makcik : Makcik ikut Tuisyen d SMK Dangir tu tiap malam, ada guru sana yang ajar.
Pemandu : Naaa, ngamlah makcik. Baguslah ba.

Selang beberapa minit dalam perjalanan, mereka pun sampai.

Makcik : Naa Nak tambangnya.
Pemandu : Terima kasih Makcik, sudi tumpang lagi ya lain kali.
Makcik : Sama2 Nak.

Makcik pun beredar dari situ, menuju ke simpang rumahnya. Tiba-tiba, pemandu ternampak ada beg plastic yang tertinggal di tempat duduk penumpangnya.

Pemandu : Makcik, ada barang tertinggal ni?
Makcik : Ya ka? Plastik apa tu aa?
Pemandu : Plastik putih kecil Makcik!
Makcik : Oooooo itu KODI SATU KOSONG TU.
Pemandu : Apa ka tu Makcik? Nda pernah pula dengar apa nama tu??
Makcik : Ala minyak rambut tu ba…
Pemandu : ADEHHHH MAKCIK CODE 10 BAHHHH!!!!!!!!

Tuesday, September 8, 2009

2 - Makcik Dangir Lagi

Pada suatu hari, Seorang Pemandu Teksi Utara Ekspres sedang melakukan rutin hariannya. Sedang dia mencari rezeki sambil mengontrol kehensemannya di hadapan sebuah pasaraya yang bernama Tukal_Tukal Enterprise, terlihat olehnya seorang makcik kena usir keluar dari pasaraya itu.

Apa lagi, dalam hati pemandu itu, kesiannya orang tua tu kena buat begitu. Mesti kena tolong ni, lagipun ada dua orang sumandak sana berdiri-diri. Ada can. Katanya dalam hati. Dia Pun menghampiri Makcik itu, dengan penuh Pengontrolan Macho.

Pemandu : Makcik….Kenapa kau ni makcik? Mencuri ka kau??
Makcik : Adehhh ba nak, seumur hidup makcik ni nda pernah ba pula makcik mencuri.
Pemandu : Aik Makcik macam pernah ku lihat kau ini ????
Makcik : Aik ya ka?? Di mana??
Pemandu : Makcik sound check dulu kejap, D.A.N.G.E.R makcik apa??
Makcik : Alalala, klu itu ja ba nak kacang.. DANGIR ba.
Pemandu : Nahhhh sah.. Makcik Kampung Dangir

Monday, September 7, 2009

1 - Intro Makcik Dangir

Satu hari ada satu makcik ni, menahan teksi mau pulang rumah. Jadi kunun naik la dia p teksi tu. Ba bercerita2 la drg ni.

Driver : Makcik, mana kau turun?
Makcik : Kampung Dangir ba nak.
Driver : Aik? Mana tu kampung? Lama suda sy kerja driver teksi nda pernahla pula dngr nama kampung tu.
Makcik : Aik, ada ba nak. Nanti Makcik bgtau klu sampai.
Driver : Ba, makcik aturmu, jgn ko nda bgtau.


Selang 10 minit.

Makcik : Nak, beranti kau, sana dekat papan tanda tu.
Driver : Oooo, itu simpang kampung UTARA ba tu makcik.
Makcik : Ya ba, situlah ba.
Makcik : Inila ba kampung Dangir, cuba ba ko baca papan tanda tu.
Driver : Adeh makcik itu DANGER ba, bukan Dangir.
Makcik : Ya la ba, D.A.N.G.E.R, tu DANGIR ba.
Driver : Adehhhhh, makcik ni ba

Rugi Kalo tak tengok !